Home » » Keputusan Sukan Komanwel Glasgow 2014

Keputusan Sukan Komanwel Glasgow 2014

Written By Unknown on August 04, 2014 | 05:48

Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland telah pun berakhir. Berikut adalah adalah keputusan penuh dan senarai pungutan pingat oleh kontigen Malaysia sepanjang temasya Sukan Komanwel 2014. Malaysia berada di kedudukan tangga yang ke-12 senarai pungutan pingat daripada 71 negara yang mengambil bahagian.


Keputusan Sukan Komanwel Glasgow 2014

Secara keseluruhannya kontijen Malaysia di Sukan Komanwel ke-20 kali ini telah membawa pulang 6 pingat Emas, 7 Perak dan 6 Gangsa.

Senarai Atlit Malaysia Yang Berjaya Memenangi Pingat Emas

  1. Badminton Campuran
  2. Beregu Lelaki Badminton - Tan Wee Kiong-Goh V Shem
  3. Beregu Wanita Badminton - Vivian Kah-Woon Khe Wei
  4. Angkat Berat - Mohd Hafifi Mansor ( Kategori 69kg)
  5. Terjun Papan Anjal - Ooi Tze Liang (Kategori papan anjal lelaki 3m) 
  6. Squash - Datuk Nicol David (Kategori Wanita)

Pencapaian 6 Emas kali ini adalah kurang daripada sasaran awal yang ditetapkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) iaitu sebanyak 7 Emas. Keputusan di Glasgow ini merupakan yang terburuk dibandingkan dengan empat edisi sebelumnya. Walaupun sasaran yang boleh dianggap rendah berbanding 12 Emas pada edisi Sukan Komanwel ke-19 di India lalu, nampaknya atlit kita gagal merealisasikannya.

Mungkin sebagai peminat sukan, kita akan memberikan reaksi yang berbeza berdasarkan keputusan dan pencapaian atlit Malaysia pada temasya sukan Komanwel kali ini. Namun apa pasti, ramai yang kurang berpuashati dengan perkembangan terkini terhadap tahap dan mutu sukan negara secara kesuluruhannya.

Kita berharap agar pihak berwajip terus menumpukan perkembangan sukan negara dengan sewajarnya agar slogan Majulah Sukan Untuk Negara terus dihargai!

0 comments :

Post a Comment