Home » » Keputusan Bolasepak JDT vs Gamba Osaka AFC 2017 Playoff

Keputusan Bolasepak JDT vs Gamba Osaka AFC 2017 Playoff

Written By Unknown on February 07, 2017 | 23:22

Anda menonton perlawanan playoff bolasepak piala AFC 2017 Champion League? Bagi yang ada ASTRO mungkin sudah tahu keputusan perlawanan tersebut.

Gambar Kredit: Johor Southern Tigers

Perlawanan yang sememangnya amat dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak tanah air terutama bagi penyokong setia JDT.

Nampaknya harapan peminat untuk melihat keputusan upset terkubur setelah pasukan Gamba Osaka berjaya menewaskan JDT.

Senarai Pemain Kedua-dua Pasukan

JDT:
Farizal Marlias (GK), Marcos Antonio, Fadhli Shas, Fazly Mazlan, Amirulhadi Zainal, Safiq Rahim (C), Gonzalo Cabrera, Brian Ferreira, Azamuddin Akil (Mahali Jasuli 54'), Safawi Rasid (Nazmi Faiz 65'), S. Kunanlan
Gamba Osaka:
Masaaki Higashiguchi (GK), Fabio Aguiar, Genta Miura, Hiroki Fujiharu, Yasuhito Endo (C) (Jin Izumisawa 80'), Yosuke Ideguchi, Oh Jae-suk, Shu Kurata, Shun Nagasawa, Ademilson (Ritsu Doan 88')
Keputusan Penuh Perlawanan : Gamba Osaka 3 JDT 0
Walaupun kecundang, pujian harus diberikan kepada pasukan JDT. Bertandang dan bermain di tempat lawan dalam keadaan cuaca sejuk dan suasana perlawanan yang berbeza merupakan satu perkara yang agak sukar.

Begitu juga pengalaman dan kekurangan bermain serta bersaing diperingkat yang lebih tinggi merupakan cabaran yang terpaksa mereka lalui berbanding lawan mereka Gamba Osaka, pasukan yang sentiasa bertanding dan pernah muncul sebagai juara Piala AFC.

Tetapi semasa aksi sebenar perlawanan, Johor Southern Tiger tetap menunjukkan prestasi dan peningkatan permainan bolasepak yang cemerlang serta berupaya menyaingi pasukan lawan yang amat berpengalaman.

Cuma ketandusan idea untuk membolosi pertahanan lawan merupakan punca utama mereka tewas.

Aspek fizikal terutama ketinggian juga merupakan satu kekurangan untuk bersaing diperingkat tertinggi. Terbukti 2 gol yang dijaringkan Gamba Osaka adalah melalui tandukan mudah pemain mereka.

Apapun, TAHNIAH untuk pasukan JDT. Ini merupakan langkah awal dan dorongan untuk pasukan lain dalam Liga Super Malaysia.

Tanyalah kepada semua pemain JDT betapa beruntungnya mereka kerana dapat beraksi dalam suasana perlawanan kompetitif pada peringkat tertinggi di Asia.

0 comments :

Post a Comment