Home » , » Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis Penyakit Kulit Pada Bayi

Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis Penyakit Kulit Pada Bayi

Written By Unknown on February 26, 2017 | 15:00

Adakah anak anda ketika ini berkemungkinan mempunyai Penyakit Kulit Ekzema atau Psoriasis?

Ketahui lebih lanjut mengenai Ekzema Pada Bayi serta bagaimana Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis dua penyakit kulit kronik yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak ini.


Bagaimana Cara Untuk Merawat Penyakit Ekzema Dan Psoriasis Pada Bayi Anda

Penyakit kulit gatal dan kering serta munculnya ruam-ruam melampau samada pada kanak-kanak atau orang dewasa bukanlah suatu perkara baru dan aneh. Boleh dikatakan hampir setiap orang akan mudah terdedah kepada masalah berkaitan penyakit kulit kronik eczema dan psoriasis ini pada setiap masa.


Apa itu penyakit kulit ekzema dan psoriasis?

Perbezaan

Agak sukar untuk membezakan masalah ekzema dan juga psoriasis ini pada peringkat awal. Keduanya penyakit kulit ini hampir sama, cuma psoriasis dianggap lebih kronik serta lebih sukar untuk diubati berbanding ekzema.

Eczema atau juga dikenali sebagai dermatitis atopik, iaitu masalah penyakit kilit jangka panjang yang boleh menjejaskan kesihatan kulit. Ia berlaku disebabkan faktor hipersensitiviti di mana kulit bertindak balas secara keterlaluan terhadap sesuatu faktor alahan dan rangsangan.

Manakala Psoriasis pula adalah keadaan penyakit autoimun kronik yang menyebabkan berlakunya pengeluaran sel-sel kulit secara berlebihan. Sel-sel mati membentuk tompok putih yang tebal serta bersisik. Walaupun penyakit kulit psoriasis paling biasa berlaku pada lutut dan siku, ia juga boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk muka, kulit kepala dan leher.

Simptom dan gejala ekzema pada bayi

Berbanding psoriasis, ekzema adalah lebih biasa terjadi dikalangan kanak-kanak di Malaysia.

Simpton dan gejala ekzema pada bayi ini boleh berlaku seawal usia bayi 2 bulan. Antara tanda-tanda awal adalah seperti kulit mula kelihatan kering, merah, meradang, mengelupas, meretak, melepuh atau bernanah tetapi ia tidak ditutup dengan sisik kulit mati.

Seperti psoriasis, ekzema juga boleh berlaku di mana-mana badan dan menyebabkan gatal-gatal luarbiasa kerana bayi sentiasa mudah terdedah kepada bermacam alahan terutamanya pemakanan.

Begitu juga faktor hypersensitiviti kulit bayi terhadap persekitaran seperti kebersihan dan pencemaran udara juga merupakan punca utama ekzema berlaku.

Faktor dan punca alahan tersebut antaranya adalah seperti pewarna, kain, sabun, haiwan dan perengsa lain.

Sebagai contoh, lampin dan krim bayi boleh merengsakan kulit sensitif, menyebabkan ruam lampin yang melampau. Dalam beberapa keadaan tertentu, ekzema mampu meliputi keseluruhan kawasan yang bersentuhan dengan lampin.

Selain itu, faktor keturunan juga dikatakan sebagai punca utama penyakit kulit kronik ini.



Tips, kaedah serta cara merawat ekzema dan psoriasis bayi

Secara umumnya beberapa rawatan sedia ada bagi mengurangi gejala penyakit kulit ekzema dan psoriasis bayi ini termasuklah samada melalui ubatan klinik dan farmasi, khidmat pakar kulit ataupun rawatan secara tradisional. 

Walaupun kedua-duanya adalah berbeza, ekzema dan psoriasis tetap merupakan gejala yang amat menjengkelkan bila ianya berlaku seperti kulit menjadi kering, bersisik dan gatal-gatal keterlaluan.

Ada beberapa kaedah, langkah-langkah, tips dan cara bagaimana untuk merawat ekzema dan psoriasis ini dengan lebih berkesan terutamanya pada bayi.

1. Lotion dan krim ekzema
Penggunaan lotion atau krim sapuan yang bersesuaian dengan kulit bayi. Ini bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk kerana terdapat banyak kes berlaku akibat penggunaan krim topikal ini.

2. Pencuci dan pembersih
Gunakan pencuci anti-bakteria dan lampin yang sesuai. Beralih kepada lampin kapas lembut boleh membantu mengurangkan ekzema pada kawasan kemaluan untuk bayi. Hipersensitiviti kepada bahan pembuatan lampin atau pencuci yang digunakan untuk membersihkan kawasan tersebut boleh menyebabkan penyakit bertambah teruk.

3. Menjaga kebersihan
Begitu juga keperluan untuk mempastikan kebersihan kawasan persekitaran terutama tempat tidur, tilam, pakaian dan selimut bayi. Jika terdapat alahan berkaitan dengan ekzema pada kawasan sensitif, maka amat perlu menukar detergen untuk dobi, pembersih dan fabrik.

4. Khidmat pakar kulit  
Jika penyakit bertambah kronik, dapatkan seberapa segera khidmat rawatan oleh doktor pakar kulit yang diiktiraf. Walaupun buat masa ini tiada penawar untuk psoriasis tetapi beberapa rawatan farmaseutikal topikal berasaskan cahaya dan secara sistemik oleh doktor pakar boleh mengurangkan masalah serta tidak mudah berjangkit ke bahagian tubuh yang lain.

5. Kaedah rawatan tradisional
Kaedah rawatan alternatif secara tradisional terutama menggunakan daun, buah-buahan serta berbagai herba ramuan semulajadi samada minyak sapuan, jus atau air rebusan juga mampu merawat atau mengurangi kedua-dua penyakit kronik ini.

7 Bahan Semulajadi Untuk Rawatan Ekzema dan Psoriasis Dirumah

Terdapat sumber asli dan semulajadi yang boleh digunakan untuk merawat penyakit kulit ekzema dan juga psoriasis dirumah anda. Beberapa jenis herba, daun serta akar kayu telah banyak digunakan secara tradisional serta telah terbukti mampu mengurangkan gejala dan masalah berkaitan kedua-dua penyakit kulit ini.
  • Kunyit - banyak kajian tentang rempah ini yang terbukti berkhasiat mengatasi masalah keradangan beberapa keadaan kulit, termasuk psoriasis. Curcumin, iaitu antioksidan yang terdapat dalam kunyit, telah ditunjukkan untuk melindungi kulit dengan meneutralkan radikal bebas dan mempercepatkan penyembuhan luka. Boleh diamalkan dengan mencampurkan sadu sudu teh dalam makanan atau minuman atau digunakan sebagai sapuan pada tempat bermasalah.
  • Aloe Vera - daun aloe vera asli kaya dengan sebatian anti-radang serta mempunyai nilai penyembuhan secara semulajadi, Jeli aloe vera bersifat menyejukkan dan sangat baik untuk keradangan dan gatal-gatal kulit.
  • Minyak Zaitun dan Habatus-sauda - kedua-dua bahan sunnah ini terutama minyaknya telah lama digunakan serta dipercayai sejak turun-temurun untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Boleh diamalkan secara oral dan sapuan setiap hari.
  • Daun Gelangal atau gelam wangi - lebih terkenal dengan panggilan Tea Tree Oil, ekstrak atau minyak patinya selalu digunakan dalam produk penjagaan kesihatan terutama penjagaan kulit. Ia merupakan agen bagi antikulat dan antibakteria yang mujarab.
  • Cuka Epal - boleh digunakan untuk melegakan keradangan kulit dan ia juga merupakan pembasmi kuman. Gunakan bola kapas untuk merawat tempat bermasalah seperti kawasan bersisik, kering dan ruam-ruam. Tetapi elakkan ditempat yang masih berdarah atau kesan luka kerana ia boleh menyebabkan rasa pedih dan merengsa.
  • Minyak kelapa - terkenal sebagai antibakteria, anti-kulat, anti-mikrob dan antioksida. Sapukan minyak VCO secara langsung pada kulit yang terkena beberapa kali setiap hari untuk bantuan segera. Pengambilan 2 hingga 4 sudu besar VCO setiap hari juga boleh membantu mengurangkan gejala dan menguatkan sistem imun anda.
*Penting : Jika digunakan untuk luaran seperti krim atau minyak sapuan, pastikan anda membuat beberapa ujian alahan dahulu. Keadaan sensitiviti kulit setiap individu adalah berbeza.

Kesimpulan

Usaha untuk mencari Cara Merawat Ekzema Dan Psoriasis berkesan merupakan satu isu yang sering menjadi topik hangat khususnya dikalangan ibu-bapa.

Kedua-dua penyakit ini memerlukan penjagaan rapi terutamanya penyakit kulit ekzema pada bayi yang lebih kerap berlaku berbanding psoriasis. Pemerhatian dan rawatan berterusan sangat diperlukan supaya masalah ini dapat diatasi menjelang bayi dewasa.

0 comments :

Post a Comment