SAKIT DI TELAPAK KAKI TANDA AWAL PENYAKIT GOUT? |
Sakit Gout adalah antara penyakit paling popular di Malaysia ketika ini. Ada banyak sebab dan punca berlakunya penyakit gout ni. Salah satunya adalah Pantang Nampak Makanan manakala Penawarnya pula adalah Jaga Makan!!!Ramai dikalangan muda-mudi sudah mula terpesona dengan salah satu penyakit artristis ni.
Kebanyakannya adalah kaum lelaki yang berusia 30 tahun keatas.
Tetapi jangan terkejut, jika anak-anak bertubuh gempal belasan tahun juga sudah ramai yang terpengaruh dengan budaya sakit-sakit sendi ini.
Kaum wanita golongan muda kurang terkena penyakit kerana mungkin mereka mempunyai hormon estrogen yang mampu mengawal kadar asid urik.
Tetapi bagi yang sudah menopause tu, berhati-hatilah selalu.
Urik Asid Punca Sakit Gout?
Seperti yang kita ketahui, punca penyakit gout ini adalah disebabkan peningkatan atau lebihan kadar asid urik dalam darah pesakit.Asid urik merupakan bahan kumuhan daripada protein yang telah dicernakan semasa proses metabolisma badan.
Umumnya, Asid Urik ini akan ditapis oleh buah pinggang dan akan dibuang keluar melalui air kencing serta air besar.
Masalah besar akan berlaku jika ianya tidak dapat ditapis atau disaring dengan baik oleh buah pinggang.
Lebihan asid ini akan membeku dan membentuk seperti kristal terutama pada bahagian sendi-sendi sekitar tubuh.
Lama kelamaan ia boleh menyebabkan gangguan keradangan sendi dan masalah kesakitan akan berlaku terutama disekitar jari, siku, lutut serta di telapak dan juga tumit kaki.
TETAPI JANGAN LUPA SELAIN SAKIT GOUT, ASID URIK JUGA BOLEH MENYEBABKAN PEMBENTUKAN BATU KARANG DAN PUNCA BERLAKUNYA MASALAH PENYAKIT BUAH PINGGANG.
Apa Pula Penawar Sakit Gout Dan Pantang Larangnya
Selain faktor genetik, makanan terutama yang dikatakan mengandungi PURIN perlu dielakkan.Kebanyakannya adalah daripada makanan laut, daging, sayuran dan kekacang.
Jadi jika anda sudah terjebak dengan sakit gout, pastinya anda perlukan mengamalkan pantang larang dalam bab pemakanan supaya penyakit ini tidak selalu atau mudah berulang.
Anda perlu elakkan godaan makanan seperti kerang, kupang, udang, daging merah, sayur bayam, kekacang dan juga cauliflower (kubis bunga) terutamanya.
Selain itu perkara paling penting yang perlu dikikis ialah sikap Pantang Nampak Makanan. Ini adalah penawar utama sakit gout!
Jika makanan dikatakan sebab utama, penawarnya juga tentunya apa yang anda makan.
Janganlah terlalu mengikut hawa nafsu kerana penjagaan pemakanan seimbang bukan petua tetapi perkara wajib.
Ubat-ubatan yang diberikan oleh doktor kebanyakannya adalah untuk meredakan kesakitan akibat gout.
Ianya sentiasa boleh berulang-ulang dan harus diingat penyakit gout ini jika menyerang, bahagian sendi yang sakit terasa sangat perit dan sensitif untuk disentuh apalagi untuk bergerak seperti biasa.
Nantikan post selanjutnya:
- nenas ubat untuk gout
- ubat gout terbaik
- bacaan asid urik normal
- sakit gout di telapak kaki
- sakit gout boleh sembuh
0 comments :
Post a Comment